Event News
BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UNTUK CALON SPM DAN STPM 2026 ANJURAN UNIVERSITI AIMST
Alhamdulillah, program Bacaan Yasin dan Solat Hajat anjuran Universiti AIMST untuk calon SPM dan STPM 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah, dengan kehadiran lebih 400 orang murid dan ibu bapa.
Program ini bertujuan memohon keberkatan, ketenangan dan kemudahan buat semua calon yang bakal menduduki peperiksaan, di samping memberikan sokongan moral dan spiritual kepada para pelajar serta keluarga mereka.
Universiti AIMST merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Masjid Zahir atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.
Program ini akan diteruskan di empat buah negeri yang lain seperti berikut :
21/10/2026 12pm – 2pm Masjid Sultan Idris Shah Ke – II Ipoh Perak.
31/10/2026 8am – 11am Masjid Sultan Muzaffar Shah, Sungai Petani, Kedah
1/11/2026 8am – 11am Masjid Habib, Pulau Pinang.
14/11/2026 8am – 11am Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Semoga semua calon SPM dan STPM 2026 diberikan ketenangan hati, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.
Universiti AIMST — Bersama Membina Generasi Berilmu dan Berjaya.
#AIMSTUniversity #SPM2026 #STPM2026 #BacaanYasin #25YearsOfAimst









