Event News
LAWATAN RASMI YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM KE UNIVERSITI AIMST
Universiti AIMST dengan penuh sukacita menjemput seluruh mahasiswa, pensyarah dan warga kerja universiti untuk menghadiri Sesi Bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Program istimewa ini merupakan satu penghormatan besar buat warga AIMST serta peluang yang amat bermakna untuk mendengar secara langsung pandangan, aspirasi dan hala tuju kepimpinan negara daripada Perdana Menteri Malaysia. Para hadirin juga berpeluang menyaksikan perkongsian yang penuh inspirasi mengenai pembangunan negara, pendidikan tinggi dan masa depan generasi muda.
Butiran Program:
📅 Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
🕣 Masa: 8.30 pagi (Pendaftaran bermula)
📍 Tempat: Great Hall, Universiti AIMST
Sehubungan itu, seluruh warga AIMST dijemput untuk hadir bagi memeriahkan majlis ini serta menunjukkan semangat kebersamaan dan sokongan dalam menyambut kehadiran YAB Perdana Menteri ke kampus Universiti AIMST.
Kehadiran anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Jumpa anda di Great Hall, Universiti AIMST!
#AIMSTUniversity
#25YearsOfAIMST
#PMxAIMST
#MalaysiaMADANI
#AIMSTBersamaPMX

